Murah Murah!


Hey guys. So, semalam sebenarnya Fira ada update blog pasal tudung bawal crepe kan? Tadi Fira dah delete dan digantikan dengan post yang ini beserta gambarnya sekali. Fira decided to sell this tudung sebabnya 12 minggu without mid semester break memang memerlukan duit yang banyak. Tak nak bebankan parents sangat, so ingat nak cari duit poket sikit. Di sini, Fira ada jual dua jenis tudung.

1. Tudung Bawal Crepe














  • ada banyak pilihan warna yang menarik.
  • harga sehelai tudung ; RM5.
  • beli 10pcs , free postage.

2. Tudung Bawal Shiffon




  • ada banyak pilihan warna yang menarik.
  • jenis kain seperti kain shawl biasa.
  • harga sehelai tudung ; RM10.
  • beli 5pcs , free postage.
Pembelian tudung boleh campur-campur, lebih RM50 automatik free postage. Jom beli semua! Duit yang Fira dapat untuk kos duit rumah sewa Fira nanti. Terima kasih. Yang berminat, boleh tinggalkan jejak dekat bawah, ataupun emel Fira nombor telefon -- firatwiss98@gmail.com.

Segala bantuan dari anda semua tersangatlah saya hargai. Thanks!

Carousell.


Image result for buku

Again guys. It is about buku. Memang sejak kebelakangan ni dah tak join giveaway dan contest. Maybe ada yang perasan, but maybe ada yang tak perasan. Dan itu semua tak menjadi masalah sebenarnya. Tujuan Fira post pasal buku sebelum ni, sebab Fira tengah cari preloved text books untuk ECO415, ACC506, MAT422 & MAT523.

Well, buat masa sekarang ni Fira dah cuba search dekat twitter, instagram. (Guna tanda pagar, hashtag.) Ada memang ada. Just buat masa sekarang ni, tak ada orang yang sudi nak reply direct message and tak sudi nak jual lagi. Most of them takut kalau notes notes tu berguna lagi untuk semester depan.

So, Fira ada jumpa sorang hamba Allah ni. Fira minta dia send cover depan untuk ECO415 since itu je buku yang dia ada and seems like she doesn't want to sell the book. So, pilihan yang ada sekarang adalah search buku tu dekat carousell. And alhamdulillah, ada. Tinggal lagi 3 buah buku untuk dicari sebeum masuk ke semester baru.

Nampak macam Fira beriya-iya nak cari buku preloved ni kan? Huhu, sebenarnya nak save duit kalau beli buku baru. Macam membazir sebab kita guna satu semester je. Lepas tu tak guna dah. Kecuali kalau ada subjek yang kantoi lah. But alhamdulillah, all is well. My killer subject - account managed to get B-. Since I have no chemistry with this subject, bila dapat B- memang bersyukur gila. Okay, jadinya di samping mencari tiga buah buku lagi untuk semester hadapan, Fira nak jual buku rujukan, buku latihan yang tak guna dan tak pernah guna serta buku teks semasa first semester. 

Buku yang Fira jual buku rujukan Matrikulasi Semester 2 (Mathematics, Physics & Chemistry), STPM Part 1 (Fizik, Matematik T & Chemistry), kamus bergambar, buku latihan SPM (Prinsip Perakaunan form 4 & 5, Pendidikan Islam form 5). praktis bertopik SPM (Bahasa Melayu, Matematik, Bahasa Inggeris, Pendidikan Islam, Tasawur Islam, Perdagangan, Sejarah & Science). Buku teks semasa first semester pula, Financial Accounting (ACC406), Linear Algebra (MAT423). TITAS (CTU551) and Philosophy of Science (PHI454).

Duit hasil dari jualan buku sememangnya untuk duit belanja Fira sambung semester 2 nanti. Harapnya ada yang sudi beli, dan terima kasih. Untuk usha carousell saya -- sila klik SINI. Terima kasih. Kalau tak beli, cukuplah sekadar share dekat kawan-kawan awak semua. Again, thank you!

Skincare?


Hey guys. Cakap pasal skincare, memang macam-macam produk yang telah hangat diperkatakan buat masa sekarang ni. Oleh itu, ceh! Fira nak share pengalaman Fira guna beberapa produk skincare. Ini bukan nak menjatuhkan mana-mana pihak, cuma ini yang terjadi pada wajah Fira sendiri.

Well, kita sendiri mesti jealous tengok orang lain ada wajah yang flawless. Setakat jerawat pasir dua tiga butir tu, kita flawless lah tu. Tengok instafamous asyik review skincare-skincare, serum-serum. Dia orang cakap okay dekat kulit muka dia orang. Yea, mungkin pada kulit dia orang mungkin okay. Selagi kita sendiri tak cuba, kita tak tau kan?

After SPM, ibu cadangkan dekat Fira cuba guna Dynars Skincare untuk kulit sensitif. Ibu yang sponsor, so Fira okay je lah. Sebab kulit Fira start naik jerawat umur around 15 tahun macam tu.  First box guna, alhamdulillah, okay. Kulit jadi flawless. Tak ada jerawat langsung. Putih pun putih. Heh.

Tapi bila dah terlupa pakai day cream sehari, hm, muka terus naik jerawat. Banyak. Buka seketul dua. Then, Fira terus stop for a while and starts using Tati Skincare pula. Itupun sama. Same thing happen, bila kita terskip, terus naik balik.

Dalam masa sekarang ni, Fira dah guna a few skincare - Dynars, Tati, Nour Ain, Glow Glowing and Dherbs. So far, Glow Glowing tak bagi kesan yang negatif sangat bila Fira terskip one of their cream. Lepas guna Glow Glowing, Fira try guna Syahirah Korean Secret yang warna putih tu. Tapi SPF dia tak tinggi, ended up by Fira punya muka burn habis sebab kawad. Heh.

Tapi itulah sekarang, Fira dah guna cleanser yang lain. Just nak cari kelainan. Kasi muka okay sikit. Fira guna Cetaphil Oily Skin Cleanser. Harga around RM60++ yang paling mahal Fira jumpa. Fira cakap dengan abah yang Fira nak try Cetaphil ni sebab ramai review macam okay.

So, sekarang Fira dah guna botol yang kedua. Fira beli sendiri dekat Shopee dengan harga RM44.90 masa owner kedai tengah buat flash sales. Hahahaha! Then, suddenly terfikir, bila sebotol nanti nak pergi masuk belajar, habis kena beli lagi. So, tadi Fira beli lagi dua botol untuk my second semester dengan harga RM43.00 each.




Owner kedai restock tiga botol tadi, Fira dah bantai beli dua botol. Tinggal sebotol. Go, siapa cepat dia dapat. Hahahahha! Lepas tu, Fira guna serum 2K argan oil ni untuk kecutkan jerawat. So far, Fira guna dua benda ni je untuk muka Fira. And untuk day cream, Fira guna Glow Glowing punya. Alhamdulillah, my skin is getting better :)